Powered by Bravenet Bravenet Blog

Tag Board

Mirsa: best giller!!!baek punyer
adam: akum,bleh tmpang tnye
su: hmmm... best tau rase nak pegi lagi... terime kasih atas layanan dan kemudahan yang disediakan..
azyn yanie: teringin nk g....btul2 cantik ker??????
hidayah: best dok umah rehat ni... layanan pun memuaskan.kemudahan pengangkutan awam pun senang.. jgn lupe menginap di rumah rehat seri purnama!!!!
Nur Syawzani: Terima kasih atas layanan dan kemudahan yang disediakan semasa kami menginap di sini.
zalifah: zaini, maklumat rumah rehat dah di masukkan di dlm dir mobile income..sila simpa id dan pasword utk edit
Amalina: Kemudahan dan lokasi rumah rehat ini banyak membantu saya semasa berada di Kelantan
Danial: Negeri Kelantan kaya dengan kesenian dan tempat menarik untuk dilawati
Nur Saywani: Ucapan tahniah kepada tuan kerana dapat menyediakan blog yang lengkap informasi negeri Kelantan

Please type in the four characters shown in the black box.

Wednesday, October 1st 2008

6:48 AM

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

ASSALAMUALAIKUM

PENGURUSAN RUMAH REHAT SERI PURNAMA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA ADIL FITRI KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN PELAWAT BLOG RUMAH REHAT SER PURNAMA

 




Get Hari Raya Graphics Here

0 Comments / Post Comment

Monday, September 1st 2008

10:58 PM

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN

SELAMAT BERPUASA..
0 Comments / Post Comment

Sunday, June 10th 2007

10:46 PM

TEMPAT TEMPAT MENARIK DI KELANTAN

KELANTAN

Negeri Kelantan adalah sebuah daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922  km persegi, terletak  di Timur laut  semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan. Malaysia meliputi 336,700 km persegi yang terdiri daripada semenanjung Sabah dan Sarawak di Kepulauan Borneo. Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, ialah sebuah bandar yang sibuk sebagai pusat tumpuan bagi pentadbiran dan aktiviti perniagaan. Negeri ini terbahagi kepada  10 jajahan pentadbiran iaitu, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Negeri Kelantan menikmati iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu pada setiap tahun. Biasanya hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau beberapa bulan akan turun pada bulan November, Disember dan Januari.

Muzium

Muzium di  Kota Bharu terletak berdekatan antara satu sama lain di "Padang Merdeka" dibuka setiap hari mulai pukul 10 pagi hingga 6 petang kecuali hari jumaat.

 

» Muzium Islam >> Dewan Sura


Sejarah Islam di negeri Kelantan telah didokumenkan dan diilhamkan dalam bentuk artifak dan dipamerkan di sini. Penubuhan Muzium islam adalah untuk memaklumkan bahawa negeri kelantan merupakan salah satu pusat pengajian islam yang terkemuka.

Ianya di buka dari jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang setiap hari kecuali hari Jumaat


» Muzium Di Raja >> Istana Batu


Istana Batu direkabentuk dan dibina pada tahun 1939 bersempena dengan pemerintahan Sultan Ismail I. Ia digunakan sebagai tempat untuk menyambut perayaan seperti perayaan perkahwinan diraja dan sebagai tempat penginapan tetamu kehormat.

Namun kini, ia telah diubah dan dijadikan sebagai Muzium DiRaja, di mana segala pakaian diraja dan barangan istana kepunyaan Sultan yang sebelumnya dipamerkan di sini. Ini termasuklah barangan perak, barangan di dalam bilik peraduan raja, dan perkakasan istana diraja. Terdapat juga pertunjukkan gambar grafik sepanjang hayat Sultan Kelantan. 

Waktu lawatan  :   8.30 am - 4.45 petang setiap hari (kecuali hari Jumaat).
Bayaran            :  RM2

 

 

Kampung Kraftangan (Handicraft Village and Craft Museum)



Kelantan kaya dengan pelbagai jenis barangan kraftangan seperti barangan perak, songket, batik dan ukiran kayu. Barangan ini dipamerkan dan dijualkan kepada orang ramai. Barangan ini boleh diperolehi dengan mudah di Kampung Kraftangan dan Muzium Kraf.

Ia terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar dan di buka sepanjang minggu kecuali hari Jumaat bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

» Istana Balai Besar


Dibina sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud II pada 1940, Istana Balai Besar merupakan Istana Bersemayam Sultan-sultan Kelantan yang terdahulu. Kini istana ini digunakan untuk mengadakan majlis-majlis rasmi negeri.

Diperkarangan istana ini terdapat sebuah Balai Mengadap yang luas, Balai Takhta Singgahsana dan ruangan pameran yang memaparkan berbagai koleksi barangan dan alat-alat kebesaran Di Raja.

 » Muzium Negeri


Terletak di Jalan Hospital turut menggabungkan Balai Seni Lukis Negeri Kelantan. Bangunan ini pernah digunakan sebagai Pejabat Tanah sewaktu zaman penjajahan sehingga tahun 1990 dan kini telah diubahsuai menjadi Muzium Negeri.

Muzium ini mempamerkan barang-barang seni hasil kerjatangan dan berbagai peralatan muzik tradisional Kelantan. Turut dipamerkan barang-barang seramik yang membuktikan wujudnya jalinan perdagangan Kelantan dengan Negara China.

Selain dari itu terdapat berbagai artifak lama yang ditemui di beberapa buah tapak arkeologi yang turut membuktikan akan kewujudan tamadun pra-sejarah Kelantan.


Gelanggang Seni (Cultural Centre)

Dalam mengejar erti pembangunan kerajaan Kelantan juga tidak pernah mengabaikan seni warisan budaya rakyat negeri ini. Sehubungan dengan itulah, Gelanggang Seni yang terletak di Jalan Sultan Mahmud iaitu kira-kira 2 km dari pusat bandar Kota Bharu diwujudkan.

Pusat ini sentiasa menjadi daya tarikan kepada para pelancong dan kepada anak-anak Kelantan yang cintakan seni warisan bangsa untuk berkampung dan mempersembahkan persembahan masing-masing. Antara persembahan yang masih digemari dan kerap diadakan ialah Dikir Barat, Rebana Ubi, Permainan gasing, dan Wau Bulan. Persembahan ini diadakan pada hari Rabu setiap minggu secara bergilir-gilir.

 

MASJID NEGERI

 



Setelah mengambil masa sepuluh tahun untuk dibina, Masjid Negeri ini disiapkan sewaktu pemerintahan Sultan Ismail IV.

Ia juga dikenali sebagai Masjid Al-Muhammadiah atau Masjid Batu, kini masjid ini turut menjadi tumpuan para ulamak dan pendakwah yang menjalankan aktiviti dakwah Islamiah di negeri ini.

Pelancongan » Masjid Negeri


Setelah mengambil masa sepuluh tahun untuk dibina, Masjid Negeri ini disiapkan sewaktu pemerintahan Sultan Ismail IV.

Ia juga dikenali sebagai Masjid Al-Muhammadiah atau Masjid Batu, kini masjid ini turut menjadi tumpuan para ulamak dan pendakwah yang menjalankan aktiviti dakwah Islamiah di negeri ini.

 

 Pasar Besar Siti Khatijah

Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ianya telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.

Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .

Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.

Pasar ini terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu.

Pantai Cahaya Bulan  (PCB)

Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.

Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam.

Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional . Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik, penenunan songket, dan pembuatan layang-layang serta loyang.

BANK PEPERANGAN ( BANK KERAPU)


Terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu bersebelahan Padang Merdeka. Ia merupakan bank pertama  yang dibina di Kelantan. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini merupakan ibu pejabat bagi tentera Jepun "Kampetai". Masyarakat Kelantan menggelarkan bangunan ini sebagai Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunaan ini di simen dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata.

Bangunan Bank Kerapu terletak di sebelah Hilir Padang Merdeka. Bangunan tersebut siap dan mula digunakan pada tahun 1912, sebagai Bank pertama Kota Bharu, iaitu "The Mercatile Bank of India Ltd".

Dalam tahun 1914-1945 Negeri Kelantan telah diperintah oleh tentera Jepun. Bangunan Bank ini telah digunakan sebagai pejabat kepada polis rahsia Jepun (Kempetai). Bangunan  ini kemudiannya dijadikan pejabat, lokap, tempat siasatan, tempat penderaaan dan lain-lain keganasan mereka.

Bila Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali memerintah negeri ini, bangunan  ini digunakan semula sebagai bank. Tahun 1977 nama Bank tersebut bertukar kepada ‘The Hongkong & Shanghai Banking Corporation". Tahun 1981 bangunan ini dijadikan Balai Senilukis dan Kraftangan Kelantan. Mulai tahun 1992 bangunan ini digunakan sebagai Memorial Peperangan Dunia Ke II di Kelantan.

» Muzim Adat-Istiadat Di Raja >> Istana Jahar


Istana Lama atau lebih dikenali sebagai Istana Jahar dibina pada tahun 1887, oleh Sultan Muhamad II, khas untuk cucunya iaitu Long Kundur. Namun kini ia telah dijadikan sebagai Muzium oleh Kerajaan Negeri. Pelbagai gambar dan artifak yang dipamerkan di sini sentiasa menarik minat pelawat. 

Waktu lawatan : 8.30 pagi  -  4.45 petang setiap hari (kecuali Jumaat)


64 Comments / Post Comment

Saturday, June 9th 2007

10:31 AM

KESENIAN KELANTAN

Batik

Colored designs on textiles, which can be either cotton or silk, are produced by applying wax to the parts that are left uncolored. This traditional method is practiced in various forms throughout the Malay Archipelago, with Terengganu batik as a particular favorite with tourists. Its elegant print stand out as evening wear, and can be found as art pieces on bags and cushion covers.

Songket

A legacy of the courts of Pattani, the fabric is usually reserved for use on special and ceremonial occasions. Dubbed the 'cloth of gold', songket is produced when threads are interwoven with gold and silver strands, resulting in a brocade of intricate designs and patterns. Each length of cloth represents days of laborious and dexterous work using traditional looms and cotton-spinning devices.

Woodcarving

One of the oldest traditional crafts in the country, Kelantan woodcarvers take their inspiration from Islamic art and the rich local flora. Although some are decorative pieces, most have a more practical purpose. From houses to palaces, the craft is seen through the intricate designs on beams, supports, balustrades, doors, window shutters, as well as furniture. All bear testimony to the exquisite craftsmanship and enduring quality of the state's woodcarvers.

Mengkuang (Pandanus Weaving)

Weaving used to be a leisurely pastime of coastal village women in the east coast states of Peninsular Malaysia during the rainy months. Today, it is a thriving cottage industry. The tall, thorny leaves of the pandanus or mengkuang are collected, boiled, dyed and made into colorful mats, beach bags, hats, fans, purses, and slippers.

Kite(Wau) Making

See the dazzling display of kites gliding and swooping across the azure sky! It was once played by farmers on leveled ground after post-harvesting season. Today, however, kite-flying attracts people from all walks of life. Over the years, kite festivals have encouraged more creativity in kite-making, thus resulting in kites designed in the shape of a fish, cat, caterpillar, or bird. But the Kelantanese wau-bulan (moon-kite) still remains as popular as it was years ago.

Keris

The most important personal weapon of the Malays, the keris is a two-edged sheathed dagger with an ornate carved handle. Although it has become famous on account of its sinuous blade, the keris is intended to deliver a horizontal thrust, as distinct as a downward stab.

4 Comments / Post Comment