


TEMPAHAN AWAL DIPERLUKAN KERANA PERMINTAAN SANGAT TINGGI :






LOKASI RUMAH REHAT SERI PURNAMA BERHADAPAN DENGAN KOMPLEKS PASAR BORONG WAKAF CHE YEH 24 JAM
KELANTAN
Negeri Kelantan adalah sebuah daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km persegi, terletak di Timur laut semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan. Malaysia meliputi 336,700 km persegi yang terdiri daripada semenanjung Sabah dan Sarawak di Kepulauan Borneo. Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, ialah sebuah bandar yang sibuk sebagai pusat tumpuan bagi pentadbiran dan aktiviti perniagaan. Negeri ini terbahagi kepada 10 jajahan pentadbiran iaitu, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Negeri Kelantan menikmati iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu pada setiap tahun. Biasanya hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau beberapa bulan akan turun pada bulan November, Disember dan Januari.
Muzium
Muzium di Kota Bharu terletak berdekatan antara satu sama lain di "Padang Merdeka" dibuka setiap hari mulai pukul 10 pagi hingga 6 petang kecuali hari jumaat.
| » Muzium Islam >> Dewan Sura |
| Sejarah Islam di negeri Kelantan telah didokumenkan dan diilhamkan dalam bentuk artifak dan dipamerkan di sini. Penubuhan Muzium islam adalah untuk memaklumkan bahawa negeri kelantan merupakan salah satu pusat pengajian islam yang terkemuka. Ianya di buka dari jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang setiap hari kecuali hari Jumaat
|
Istana Batu direkabentuk dan dibina pada tahun 1939 bersempena dengan pemerintahan Sultan Ismail I. Ia digunakan sebagai tempat untuk menyambut perayaan seperti perayaan perkahwinan diraja dan sebagai tempat penginapan tetamu kehormat. Namun kini, ia telah diubah dan dijadikan sebagai Muzium DiRaja, di mana segala pakaian diraja dan barangan istana kepunyaan Sultan yang sebelumnya dipamerkan di sini. Ini termasuklah barangan perak, barangan di dalam bilik peraduan raja, dan perkakasan istana diraja. Terdapat juga pertunjukkan gambar grafik sepanjang hayat Sultan Kelantan.
Kampung Kraftangan (Handicraft Village and Craft Museum) » Muzium Di Raja >> Istana Batu
Waktu lawatan : 8.30 am - 4.45 petang setiap hari (kecuali hari Jumaat).
Bayaran : RM2
Kelantan kaya dengan pelbagai jenis barangan kraftangan seperti barangan perak, songket, batik dan ukiran kayu. Barangan ini dipamerkan dan dijualkan kepada orang ramai. Barangan ini boleh diperolehi dengan mudah di Kampung Kraftangan dan Muzium Kraf. Ia terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar dan di buka sepanjang minggu kecuali hari Jumaat bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Dibina sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud II pada 1940, Istana Balai Besar merupakan Istana Bersemayam Sultan-sultan Kelantan yang terdahulu. Kini istana ini digunakan untuk mengadakan majlis-majlis rasmi negeri. Diperkarangan istana ini terdapat sebuah Balai Mengadap yang luas, Balai Takhta Singgahsana dan ruangan pameran yang memaparkan berbagai koleksi barangan dan alat-alat kebesaran Di Raja.
» Istana Balai Besar
Terletak di Jalan Hospital turut menggabungkan Balai Seni Lukis Negeri Kelantan. Bangunan ini pernah digunakan sebagai Pejabat Tanah sewaktu zaman penjajahan sehingga tahun 1990 dan kini telah diubahsuai menjadi Muzium Negeri. Muzium ini mempamerkan barang-barang seni hasil kerjatangan dan berbagai peralatan muzik tradisional Kelantan. Turut dipamerkan barang-barang seramik yang membuktikan wujudnya jalinan perdagangan Kelantan dengan Negara China. Selain dari itu terdapat berbagai artifak lama yang ditemui di beberapa buah tapak arkeologi yang turut membuktikan akan kewujudan tamadun pra-sejarah Kelantan.
Gelanggang Seni (Cultural Centre) » Muzium Negeri
![]() | ![]() | ![]() |
Dalam mengejar erti pembangunan kerajaan Kelantan juga tidak pernah mengabaikan seni warisan budaya rakyat negeri ini. Sehubungan dengan itulah, Gelanggang Seni yang terletak di Jalan Sultan Mahmud iaitu kira-kira 2 km dari pusat bandar Kota Bharu diwujudkan.
Pusat ini sentiasa menjadi daya tarikan kepada para pelancong dan kepada anak-anak Kelantan yang cintakan seni warisan bangsa untuk berkampung dan mempersembahkan persembahan masing-masing. Antara persembahan yang masih digemari dan kerap diadakan ialah Dikir Barat, Rebana Ubi, Permainan gasing, dan Wau Bulan. Persembahan ini diadakan pada hari Rabu setiap minggu secara bergilir-gilir.
MASJID NEGERI
Setelah mengambil masa sepuluh tahun untuk dibina, Masjid Negeri ini disiapkan sewaktu pemerintahan Sultan Ismail IV. Ia juga dikenali sebagai Masjid Al-Muhammadiah atau Masjid Batu, kini masjid ini turut menjadi tumpuan para ulamak dan pendakwah yang menjalankan aktiviti dakwah Islamiah di negeri ini.
| Pelancongan » Masjid Negeri |
| Setelah mengambil masa sepuluh tahun untuk dibina, Masjid Negeri ini disiapkan sewaktu pemerintahan Sultan Ismail IV. Ia juga dikenali sebagai Masjid Al-Muhammadiah atau Masjid Batu, kini masjid ini turut menjadi tumpuan para ulamak dan pendakwah yang menjalankan aktiviti dakwah Islamiah di negeri ini.
|
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ianya telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.
Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .
Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.
Pasar ini terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu.